Wednesday, August 31, 2005

Tanggal 31, Bulan 8, 57. Merdeka Merdeka...

Hidden

Logo Jalur Gemilang yang terpapar pada stesen janakuasa sempena sambutan Hari Merdeka di Kuantan tahun lalu, Kuantan, Pahang, 2004.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Apabila kita semua terdengar laungan kemerdekaan diutarakan, apakah maksudnya kepada diri kita sendiri? Adakah generasi kini yang dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan daripada pihak penjajah boleh menilai ataupun tersentuh dengan perasaan yang dirasai oleh mereka yang melihat detik ini dengan mata mereka sendiri? Jika ditanya soalan ini kepada orang, kebanyakannya akan mengatakan bahawa generasi pasca Merdeka tidak mengerti ertinya, menghargai apa pengorbanan yang telah dicurah oleh generasi sebelumnya untuk membawa kami sehingga pencapaian yang dinikmati hari ini, mahupun memupuk semangat patriotisme yang sewajarnya untuk memanggil diri kita sebagai Bangsa Malaysia.

Namun adakah ini memang benar? Adakah generasi saya yang kini lebih mengenali bintang-bintang filem ataupun penyanyi-penyayi MTV, yang lebih resahkah pencapaian dan materiaistik, dan tidak melalui rintangan dan kesusahan yang dialami oleh datuk-datuk dan nenek-nenek kami, tidak boleh mempunyai sebarang semangat cintai tanah air kami?

Tidak. Ini tidak boleh dianggap benar, mahupun kami tidak menumpahkan darah kami demi perjuangan bangsa dan negara, yang tidak hidup semasa penjajahan orang putih yang menganggap kami sebagai hamba, yang tidak resah akan keganasan orang Jepun mahupun menyaksikan perasaan benci yang diutarakan antara rakyat kami sendiri semasa peristiwa 1969. Memang benar masa sudah berubah, inikah sudah tahun 2005, 15 tahun lagi sehingga Wawasan 2020. Situasi yang dilalui kami memang sudah berbeza daripada nenek moyang kami namun masalah dan kelemahan yang wujud masih kami alami sehingga hari ini dan adalah terpulang kepada generasi kini dan generasi yang akan datang untuk menyelesaikan mereka.

Semangat patriotisme tidak boleh sahaja dinilai daripada jasa-jasa, memang benar kami berhutang kepada mereka yang terkorban dalam proses membebaskan negara, namun kami yang hidup dalam era kebebasan juga memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Sumbangan ini mungkin dalam bentuk berlainan, menyumbangkan tenaga dalam membina infrastruktur, membekalkan idea dan inovasi bagi membangunkan negara, memberi nama dalam pelbagai arena sama ada dalam bidang akademik mahupun sukan, dan banyak lagi caranya.

Kami semua bersyukur bahawa negara kami dapat membangun sehingga tahap yang dirasai hari ini. Keamanan merupakan satu-satunya ciri yang mengkagumkan dalam masyarakat majmuk, di mana kaum-kaum yang berbilang bangsa dan kepercayaan dapat membina hidup tanpa membunuh atau memusnahkan segala pencapaian seperti apa yang dialami di negara-negara lain seperti di Afrika dan Timur Tengah. Pembangunan juga telah membolehkan kebanyakan rakyat menyara tahap kehidupan yang lebih selesa dan berkesan malahan peluang bagi setiap rakyat mendapatkan pendidikan dan selanjutnya membawa diri ke alam pekerjaan merupakan satu kejayaan yang seharusnya kita berbangga. Walaupun masih terdapat isu-isu yang dibangkitkan dengan sentimen perkauman kebanyakan daripada kami telahpun belajar untuk hidup tanpa prejudis. Pergaulan bebas di sekolah-sekolah antara kaum-kaum berbeza, pembinaan perhubungan perkawanan, sosialisasi di tempat pekerjaan, aktiviti-aktiviti bersama dan aktiviti sosial telahpun menolong menurunkan tembok perkauman ayng dialami sebelum Merdeka di mana rakyat tidak banyak berpeluang untuk berhubung antara satu sama lain disebabken faktor geografi, stratifikasi ekonomi dan dasar pecah dan perintah penjajah.

Kini generasi muda lebih mengidentifikasikan diri mereka kepada cara hidup moden daripada aspek perkauman. Peningkatan keluarga yang berpendapatan sederhana dan pendedahan kepada dunia luar melalui globalisasi membangunkan rakyat yang lebih berpandangan luas. Dengan itu, peristiwa masa silam tidak boleh dijadikan sebagai gari kepada generasi muda oleh generasi tua, di mana janji-janji masa silam diaplikasikan kepada kami dan peristiwa-peristiwa seperti rusuhan kaum dan peperangan dijadikan contoh bagi menjana perasaan ketakutan kepada populasi negara. Situasi sudah berbeza dan kita semua harus mengharungi cabaran-cabaran masa kini dan berubah dengan masa, generasi kini memang berbeza daripada mereka yang dilahirkan hampir 50 tahun lalu.

Namun pembinaan Bangsa Malaysia masih jauh daripada tercapai sepenuhnya. Walaupun banyak yang telah dibuat untuk mengikis pegangan kaum daripada rakyat kami, namun masih banyak orang yang melihat diri sendiri daripada sudut kaum sebelum memanggil diri sendiri sebagai Bangsa Malaysia. Terdapat ahli-ahli politik yang masih menggunakan isu kaum untuk membelah perikatan Bangsa Malaysia bagi tujuan tersendiri dan memain-mainkan perasaan satu kaum terhadap kaum lain. Langkah ini mempunyai bahayanya tersendiri dan mungkin menyebabkan perpecahan perpaduan Bangsa Malaysia. Namun adalah terpulang kepada individu sama ada untuk memupuk semangat keMalaysiaan atau tidak. Sempena Hari Kemerdekaan tahun ini, marilah kita melihat balik kepada ajaran sejarah dan mengambilnya sebagai pengajaran untuk membina bangsa yang lebih maju lagi. Lupakan segala-galanya dan ingat bahawa walaupun terdapat kelemahan ataupun keburukan di negara ini, Malaysia masih tanah air kita. Biarlah satu-satunya hari ini kita semua dapat melihat diri kita daripada satu bangsa, satu negara, satu suara. Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.

*Catatan ini ditulis bagi menyahut cabaran antara komuniti 'Belog' Malaysia bagi mengemukakan tulisan dalam Bahasa Malaysia sempena Hari Merdeka. Sebarang kesalahan dalam tulisan adalah kesalahan penulis sendiri disebabkan kurangnya mengarang dalam bahasa Malaysia sekian lamanya dan harap maaf atas sebarang kesalahan tersebut.

(This jottings was written to the call for the Malaysian blogger community for presenting writings in the national language of Bahasa Malaysia in conjunction with the Merdeka Celebrations. Any fault in the writing is the fault of the author exclusively and is due to a lack of writing in the national language for quite a long time, I ask forgiveness if there is any mistakes found during the process of writing).

3 comments:

lucia said...

your BM is very good lah, kervin.

hey but the call to blog in BM is actually on merdeka day itself but i see many people are so eager, had already start blogging in BM. oh well, consider it a pre-merdeka post then. :)

Unknown said...

nice shot

Kervin said...

lucia lai & kancil killer: thanks